Saturday, October 22, 2011

Susah kan nak senyum?

Assalamualaikum.

Hari ni hari Sabtu. Bangun-bangun je dah hujan. Tapi bukan hujan yang lebat tu. Kalau dalam bahasa Inggeris, drizzle. Aku suka hujan. Tapi masalahnya satu je. Kalau hujan, confirm-confirm lah mendung kan. Dan aku akan rasa gloomy. Pernah satu hari tu, sepanjang hari aku rasa gloomy. Semua sebab awal-awal pagi dah start hujan.


Tapi hari ni aku makin gloomy sebab semua orang pun takde, balik ke kampung halaman masing-masing. Yelah, cuti straight dari Jumaat - Rabu. Kitorang cuti jugak hari Isnin sebab Sultan Pahang punya birthday. Thank you Tuanku. Hehe. Selasa pulak, kitorang kawtim ah dengan lecturer so that boleh cuti jugak. Rakyat Malaysia, bersyukurlah sebab Malaysia ni banyak sangat cuti (dan menjadikan saya seorang yang malas).

Namun begitu, hari ni menjadi lebih gloomy apabila senyuman tak berbalas. Aku tak faham betul kenapa ada orang macam tu. Kalau sekali dua takpe, aku faham. Mungkin tak perasan or tak biasa bila orang yang tak dikenali senyum. Tapi, eh, c'mon lah. Kita duduk satu floor kot. Tiap-tiap hari aku nampak kau, kau nampak aku sidai bajulah, borak-boraklah. Apa susah sangat nak balas senyum orang?


Hari tu usrah, akak tu cakap, niat kita apa-apa pun mesti ikhlas kerana Allah. Kira kalau senyum pun niat kena keraan Allah. Nak tau kita ikhlas ke tak, kita tak kisah kalau tak dapat balasan. Oh, maksudnya aku tak ikhlas la senyum selama ni? Ni memang nak kena check balik -___-

Tapi aku sangat tak suka perasaan tu. Sebab aku takkan buat macam tu kat orang. Paling dahsyat pun, mungkin orang tu senyum pastu aku dah menoleh. Aku akan cepat-cepat pandang balik orang tu and senyum. Sebab aku tahu macammana perasaan bila kita senyum tak berbalas. Bagi aku, lebih baiklah senyum kat dinding yang kita dah tahu confirm-confirm takkan balas senyum kita. Nasib kaulah dinding, tak pasal-pasal jadi mangsa senyuman aku. And thank you jugak sebab memahami. Jangan kau senyum balik kat aku sudah.

No comments:

Post a Comment