Monday, October 24, 2011

Lunch hari ini

Assalamualaikum.

Tiba-tiba macam aktif pulak men-update blog. Yelah, cuti kan. Hari ni birthday Sultan. Untuk menyambut birthday baginda, kami pun diberi cuti! Terima kasih kerana sudi mengajak kami menyambut birthday Tuanku. Okay nampak sangat macam tak ada adab cakap dengan Sultan macam tu.

Disebabkan pagi tadi terbangun agak lewat, breakfast pun terlepas. Eleh, bajet selama ni breakfast la? Setakat minum air kosong tu tak kira breakfast Syarafina! Kemudian confirm-confirm lah tengah hari dah lapar. Walaupun baru setahun lebih duduk kat sini, aku dah bosan dengan makanan kat kafe. Tiap-tiap hari jenguk tempat tu, mana taknya. Padahal bukannya tiap-tiap hari ambik lauk yang sama. Tapi disebabkan oleh 'pemandangan' yang sama, shou ga nai naa. Bosan jugak akhirnya. Tu yang sem ni asyik makan kat luar je. Pastu pokai. Pastu bising sebab dah pokai. Pastu bising sebab lapar. Heh, itu aku.


Aku malaaaaas sangat nak pergi kafe. Oleh itu, aku intai-intai almari yang dipenuhi makanan. Penuh la sangat. Aku ternampak tuna. Oh bosan. Tapi sebab lapar, aku capai jugak. Nah, siapa-siapa nak 'resepi' Salad Tuna yang aku buat tadi.

1 tin Tuna kosong (tak ada perisa seperti mayonis, pedas dan sebagainya. Contoh: Tuna chunk in Vegetable oil; lebih baik chunk atau ketulan supaya nanti ada feel bila hancurkan dia xD)
Serbuk lada hitam (secukup rasa)
Serbuk lada merah (secukup rasa)
Biskut kosong (apa-apa jenis, asalkan bukan biskut yang ada krim atau biskut coklat)
Salad, timun, tomato (dipotong kecil-kecil <- ataupun buatlah macam mana pun ikut selera masing-masing)

Campurkan tuna, serbuk lada hitam, serbuk lada merah dan biskut ke dalam bekas dan hancurkan dengan penuh perasaan. Bila semua dah sebati, masukkan salad, timun dan tomato. Voila! Siap!

Caution: Resepi ni a bit muak sebab tuna tu stand on its own.

Suggestion: Mungkin boleh tambah mayonis sikit ke, seaweed kat atas dia ke. Boleh jugak perah limau sikit untuk kurangkan muak dan bau tuna yang semerbak tu :P

Oh by the way, resepi simple macam ni hanya untuk orang malas macam saya. kalau nak tambah apa-apa lagi, silakan. Ikut selera anda :D


Sekian terima kasih. Selamat mencuba! Okay aku dah start perasan jadi chef padahal nak masak pun tak reti. Okbye.


Be grateful, Syarafina. Grow up!

No comments:

Post a Comment