Saturday, September 24, 2011

So Sick


Title inspired by Ne-Yo's So Sick


Assalamualaikum.

Semalam, aku dan kawan-kawan aku yang 8 orang lagi pergi makan Steamboat. East Coast Steamboat kat jalan nak ke Beserah. Kitorang pergi dua kereta pukul 7:30 malam. Memang tak sempat la nak amik gambar banyak-banyak sebab masing-masing dah tak sabar nak makan kan. RM22 per pax, jenis steamboat buffet - all you can eat, termasuk Teh Cina dan dessert. 

Gambar ihsan http://inspiring-pictures.tumblr.com

Masing-masing pun makan macam tak ingat dunia. Eh silap. Makan-makan ni semua kan dunia. So diorang semua makan macam tak ingat akhirat. Hahah. Okay bunyi macam jahat gila. (;><)o Aku kalau buffet, memang takkan sentuh la nasik ke, mee dan sebagainya sebab benda tu mengenyangkan. Diorang ni pergi amik berpinggan-pinggan la segala jenis bebola, seafood dan lain-lain. Pastu ada la satu pinggan kat depan aku ni penuh dengan cendawan. Not a problem at all! I'm a mushroom monster! Aku la yang habiskan cendawan tu (kemudian menambah lagi).

Gambar ihsan Encik Google

Lepas makan aiskrim, aku rasa kurang sedap. Macam ada angin tolak dari dalam perut. Nak keluar katanya. Aku pujuk suruh duduk baik-baik dulu. Leanna tegur aku, dia cakap muka aku hijau semacam. Okay aku tipu lagi. Dia tanya aku okay ke tak. Agaknya muka aku memang ala-ala hijau kot waktu tu. Dengan jujurnya aku pun cakaplah aku tak okay.  Kitorang balik. 

Gambar ihsan Encik Google (edit sikit)

Eh silap. Kitorang pergi Pantai Teluk Chempedak. On the way tu aku senyaaaap je (which is weird). Dah sampai satu simpang tu, perut aku memang terbaik ah. Dia tak dengar cakap aku suruh duduk diam-diam, baik-baik. Lawan cakap Mama eh. Aku cakap kat Pah yang aku rasa isi perut aku macam nak terkeluar lah. Dia cakap kat Ama suruh stop. Nasib baik ada longkang kat tepi tu. Pandai pulak perut aku pilih tempat. Longkang tu bersih - air mengalir dan tak berbau. Dan tempat tu gelap. Kira takde la orang nampak sangat aku buat apa -_- Heheh. && Takde la nampak benda-benda kat longkang yang boleh buat aku muntah hempedu kan. Hahaha. Lepas tu, haish takyah cerita lah apa yang jadi. Yang aku boleh cerita, tinggal RM2 je dalam perut aku. Ni first time aku percaya bila orang cakap 'makan sampai muntah'. Buat masa ni, aku masih fobia dengan steamboat. 


Aku rasa yang paling comel is VT yang cakap aku muntah sebab banyak sangat makan cendawan. Boleh pulak dia salahkan cendawan yang sedap tu. Anis pun sokong dia. Kelakarlah. Akeen pulak tanya, aku makan tak tengah hari tadi. Aku cakap tak dan diorang pun tahulah culprit sekarang. Angin rupanya. Ye ah, aku nak save perut untuk RM22! Pastu pastu, haa dah tinggal RM2 je. Oh well. Aku terpaksa terima dengan tangan terbuka (?). Haha. The end, selepas beberapa patah perkataan lagi. 

Lepas tu pergi TC, main-main pasir sambil amik gambar kemudian balik. The end (betul-betul).
(・∀・)

No comments:

Post a Comment