Sunday, March 18, 2012
Exam cakap "Hai"
Sedar tak sedar dah midsem pun.
Mathematical Analysis (MA), Theory of Probability (TOP), Ethics in Everyday Life (UNGS) and Marketing Principles.
Itu untuk minggu ni. Yeay tak sabar! Okay aku tipu. Esok siap kuiz lagi. Habislaa. Aku tak bukak lagi TOP. MA pun tak habis study lagi. *pastu sempat pulak tu update blog yang selama ni bila ada masa bukan nak update pun* Err, err. Nurun (budak bilik sebelah) kata lepas Asar tak elok belajar. So waktu ni kita guna untuk buat benda lain macam basuh baju ke, beriadah ke, update blog ke, hee.
Kusut bila fikir pasal studies. Kalau boleh nak score cun-cun punya untuk sem ni sebab sem lepas miserable gila. Naikkan pointer, senang hati nak tunjuk kat mak nanti. Dahlah dah dapat 'hadiah' advance. Mak kata, tiket flight pergi Jepun tu mak 'belanja'. Alhamdulillah, lepas duit tiket, duit yang tinggal ni untuk belanja sendiri lah. Hihi. Ah, sendirilah sangat. SouvenirS untuk orang lain lagi -__- (bunyi macam tak ikhlas :P) Sebenarnya bukan tak ikhlas, tapi macam melampau-lampau sampai sendiri punya pun takde. Haish susah susah. Okay kes ni nanti-nanti lah update. Fokus exam and quiz dulu, Syarafina!
Okaylah. Kena fokus ni. Kejap je lagi nak rest-rest sikit. Lepas seminggu ok! Kejap la tuuu (tipu diri sendiri).
Be grateful, Syarafina. Grow up!
Saturday, December 31, 2011
Tahun baru yang selamat
It's funny how Muslims in Malaysia celebrate New Year lebih-lebih daripada Awal Muharram sendiri. And funnier when I myself do that too. I mean, no, I don't really celebrate as in pergi KLCC ke apa ke cuma rasa lebih macam 'tahun baru' apabila setahun berlalu. Nasib baik Awal Muharram tu ada bezanya daripada tahun baru masihi ni sebab ada doa akhir dan awal tahun.
Hah. What have I done this whole year? Entahlah. Not much. Awal tahun dulu celebrate new year dengan kawan-kawan kat Cherating. And that was when I started to learn some lesson. Up until now. Ah. Apa yang aku ingat ni? Betul Abah cakap bila dia tanya aku pasal something, which of course aku dah tak ingat apa. "Chik tak ingatlah bah." "Apa bendalah yang chik ingat?" Sentap wehh. Hahah. Tapi fikir-fikir balik, betul jugak. Aku ni ada masalah sikit dalam mengingati benda. Tu pasal kena note down semua benda yang aku terfikir. Azam tahun baru lah macam tu! Actually dapat idea daripada satu website ni. Tekan gambar jika berminat (sebenarnya letak supaya aku tak lupa :P):
Sebenarnya aku baru sedar yang aku tak ada azam rupanya tahun ni (2011). Nampaknya kena ada lah untuk tahun baru ni (2012). Okay. Setengah jam sebelum masuk tahun baru. Mari buat sesuatu!
Be grateful, Syarafina. Grow up!
Monday, December 26, 2011
Study Week yang Sejuk
Assalamualaikum.
Sungguh-sungguh. Lama betul aku tak update blog. Haish. Takpe. Sendiri punya pun :P Maa. Sekarang ni dah start study week. Maksudnya final exam dah dekat sangatlah kan? Hmm. Apa aku dah buat? Macam takde apa-apa persediaan pun. Semester ni merupakan semester yang paling dahsyat setakat ni. Why? Sebab start ada minor - which is business. Aku yang pilih sendiri so padan mukalah kan kalau susah ke apa. To be honest, no, I don't like it at all. Tapi sebab takde pilihan, and ramai je yang amik benda alah ni, aku amik jugaklah. Education macam best. Tapi, aku tak nak buat praktikal kat sekolah. Pergh. nanti student buli aku (walaupun aku confirm aku akan jadi cikgu yang garang). Hehe. ICT? Tengok nama subject pun macam scary je. Aku pun amiklah business. Kenalah belajar accounting yang memang tak pernah ngam dengan aku. Hadoilah. Kan best kalau ada muzik ke, kulinari ke. Aku confirm ambiklah! Tak payah susah-susah nak fikir debit kredit ke, macroeconomy ke microeconomy ke. Baiklah aku fikir masak ni pakai rempah apa ke, note ni nama dia treble clef ke kan. Macam best.
Haih. Mathematical methods. Susah! Tu je aku boleh cakap. And carry mark aku rendaaaah sangat sampai boleh humban dalam tasik depan mahallah kitorang ni. Jujur, aku dah ready untuk repeat pun. Pesimisnya aku ni (-__-) Tapi yelah. Putus asa kot tengok carry mark. Aku takde mood langsung nak study sekarang ni padahal semua orang tengah tungkus lumus study power series la, Bessel's equations la. Aku? Time-time ni jugaklah nak update blog kan? Haa. Bagus, bagus. Teruskan usaha, Syarafina! Anda memang seorang yang bagus.
Sekarang ni senang kalau dah masuk waktu. Tak payah susah-susah tengok waktu masuk solat. Masjid kitorang dah bukak! Hee. \(*^▽^)/ Waktu first-first dengar azan berkumandang dulu sayu rasa hati. Alhamdulillah! Masjid yang dari dulu aku tengok progress dia almost everyday dah jadik masjid! Aku pergi waktu pembukaan dia. Waktu zohor, lepas tu ada solat hajat. Lepas tu, ada jamuan. kambing bakar beb! Hee. Masing-masing pun berperang lah nak amik makan daging kambing. Ok aku tipu.
Sejuk betul recently. Kitorang pun winter sama macam kat Jepun. Hehe. Cuma salji kat sini dalam bentuk air lah. Disebabkan keadaan Kuantan yang macam dah jadi Cameron Highlands, aku terpaksa slowkan kipas. Kipas bilik aku ni pelik sikit. 3 memang slow gila. 4 pulak, kuat sangat. Pernah sekali je sampai nombor 5. Tu pun bukan aku yang buat. So, aku buatlah apa yang paling senang. Bukak kipas 3, bukak tingkap. Haa. Sejuk jugak. Tapi takpelah. Aku tak boleh kalau tak bukak kipas. Nanti senyappp je. Tak suka. Sunyi-sunyi ni tak best. Tak menarik. Nanti aku rasa kosong.
Haa okaylah. Kosong, kosong. Penuhkan dengan maths method! Banyak lagi benda nak kena cover ni! Okay bye!
Be grateful, Syarafina. Grow up!
Subscribe to:
Posts (Atom)