Monday, December 26, 2011

Study Week yang Sejuk

Assalamualaikum.

Sungguh-sungguh. Lama betul aku tak update blog. Haish. Takpe. Sendiri punya pun :P Maa. Sekarang ni dah start study week. Maksudnya final exam dah dekat sangatlah kan?  Hmm. Apa aku dah buat? Macam takde apa-apa persediaan pun. Semester ni merupakan semester yang paling dahsyat setakat ni. Why? Sebab start ada minor - which is business. Aku yang pilih sendiri so padan mukalah kan kalau susah ke apa. To be honest, no, I don't like it at all. Tapi sebab takde pilihan, and ramai je yang amik benda alah ni, aku amik jugaklah. Education macam best. Tapi, aku tak nak buat praktikal kat sekolah. Pergh. nanti student buli aku (walaupun aku confirm aku akan jadi cikgu yang garang). Hehe. ICT? Tengok nama subject pun macam scary je. Aku pun amiklah business. Kenalah belajar accounting yang memang tak pernah ngam dengan aku. Hadoilah. Kan best kalau ada muzik ke, kulinari ke. Aku confirm ambiklah! Tak payah susah-susah nak fikir debit kredit ke, macroeconomy ke microeconomy ke. Baiklah aku fikir masak ni pakai rempah apa ke, note ni nama dia treble clef ke kan. Macam best.



Haih. Mathematical methods. Susah! Tu je aku boleh cakap. And carry mark aku rendaaaah sangat sampai boleh humban dalam tasik depan mahallah kitorang ni. Jujur, aku dah ready untuk repeat pun. Pesimisnya aku ni (-__-) Tapi yelah. Putus asa kot tengok carry mark. Aku takde mood langsung nak study sekarang ni padahal semua orang tengah tungkus lumus study power series la, Bessel's equations la. Aku? Time-time ni jugaklah nak update blog kan? Haa. Bagus, bagus. Teruskan usaha, Syarafina! Anda memang seorang yang bagus. 



Sekarang ni senang kalau dah masuk waktu. Tak payah susah-susah tengok waktu masuk solat. Masjid kitorang dah bukak! Hee. (*^▽^)/ Waktu first-first dengar azan berkumandang dulu sayu rasa hati. Alhamdulillah! Masjid yang dari dulu aku tengok progress dia almost everyday dah jadik masjid! Aku pergi waktu pembukaan dia. Waktu zohor, lepas tu ada solat hajat. Lepas tu, ada jamuan. kambing bakar beb! Hee. Masing-masing pun berperang lah nak amik makan daging kambing. Ok aku tipu.



Sejuk betul recently. Kitorang pun winter sama macam kat Jepun. Hehe. Cuma salji kat sini dalam bentuk air lah. Disebabkan keadaan Kuantan yang macam dah jadi Cameron Highlands, aku terpaksa slowkan kipas. Kipas bilik aku ni pelik sikit. 3 memang slow gila. 4 pulak, kuat sangat. Pernah sekali je sampai nombor 5. Tu pun bukan aku yang buat. So, aku buatlah apa yang paling senang. Bukak kipas 3, bukak tingkap. Haa. Sejuk jugak. Tapi takpelah. Aku tak boleh kalau tak bukak kipas. Nanti senyappp je. Tak suka. Sunyi-sunyi ni tak best. Tak menarik. Nanti aku rasa kosong. 

Haa okaylah. Kosong, kosong. Penuhkan dengan maths method! Banyak lagi benda nak kena cover ni! Okay bye!



Be grateful, Syarafina. Grow up!

No comments:

Post a Comment