Hari Ahad lepas aku pergi Jalan TAR & Jalan Masjid India. Tak payah tanyalah untuk apa kalau pergi waktu bulan Ramadhan kan :P Dari rumah, aku, kakak-kakak dan adikku pergi naik kereta sampai ke stesen LRT Kelana Jaya. Walaupun agak jauh, tapi tu lah satu-satunya public transport yang paling dekat dengan rumah kitorang. Itulah the only thing yang aku tak berapa gemar kat TTDI ni. Yang lain? Perfecto! Mana lah aku nak carik budak sini yang boleh dijadikan suami? Hahaha.
Gambar terima kasih pada Mr Google
Bertolak pukul 12 lebih, sampai dalam pukul 1 lebih (kot). First stop, tempat brooch. Aku beli brooch la (of course). Pengajaran kat sini, kalau nak beli sesuatu tu, pusing-pusing dulu tengok. Besar kemungkinan kita akan dapat harga yang lebih untung di gerai yang lain. Lepas tu, kitorang jalan-jalan je sampai nampak benda yang berkenan. Baju kurung cantik-cantik semuanya RM100+. And yang biasa-biasa pun harga bolehlah, RM39 - RM50+.
Jalan-jalan punya jalan, jumpa satu butik di balik gerai yang banyakkkkkkk tu. Nama dia Arica. Oh yes, pilihan sangat banyak and semua pun cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih yang mana. Harga dia pun not bad, semua pun harga sama (tu yang paling best). Tak payahlah nak belek satu-satu price tag kan. Harga baju-baju kat situ; RM30, RM39 and RM49 which is okay for me since I don't buy any clothes yang lebih daripada RM50 sehelai. Kedekut? Oh yes. Sebab aku lagi pentingkan makan daripada benda lain. Haha. Beli agak banyak kat situ. Kak Long beli sehelai. Kak De beli dua helai. Oh okay, aku paling banyak? Tiga helai. Tapi satu untuk mak :) So, dua helai je lah. Aku tak jumpa gambar butik ni kat Google so tak leh la nak tunjuk rupa dia. Tapi aku ada amik gambar plastik dia;
Err, aku tidak dibayar untuk advertise butik ni. Cuma, kepuasan hati aku terhadap butik, servis & pekerja dia yang friendly menjadi penyebab aku semangat :P Plus, ada baby yang sangat comel kat butik tu ;D
Lepas solat zohor, kami pusing-pusing lagi. One thing aku tak suka pasal masjid kat situ is tempat ambil wudhuk. Oh la sangat kecikk. Tu kan one of attractions kat Jalan Masjid India (durh, nama jalan tu pun diambil sempena nama masjid tersebut). Biar la besar sikit untuk muatkan kapasiti orang especially hari minggu dan hari cuti. Tak larat weii. Toilet pun lahh, 2 bijik je? Toilet kat Masjid At-Taqwa kat TTDI ni pun jauh lagi banyak daripada tu tau.
Lepas tu, jalan-jalan lagi sampai terjumpa baju kurung yang agak menarik dan quite cheap. Hah elok ada 4 kaler. Saiz pulak semua ada. Jarang gila kitorang dapat pakai baju sama waktu raya sebab saiz adik kecik sangat. Oh nampaknya dia dah besar sikit sekarang. HA HA. XS besar lah sangat kan -__-
Pastu kat tempat perfume ni paling best ah! Dia ada jual vials, each for RM8. Aku pun dengan tidak berlengah terus cari apa yang aku nak. Adik aku amik satu, and dia nak bayar. Tiba-tiba, "prank!" Kedengaran bunyi botol kaca pecah. tergamam adik aku. Kitorang yang lain pun. Kesian dia, dah lah tengah kira-kira duit dia yang seciput tu nak bayar benda alah tu. Sekali, bayar benda free-free je tak dapat apa-apa. Sejurus kemudian, kedengaran bunyi kaca pecah sekali lagi. Laa, Kak De pulak. Yang ni pun kesian, tu tinggal satu je. Dia baru excited nak beli. Semua orang pun tergamam jugak. Adik aku terus merajuk dengan scene tadi and tak nak beli apa-apa dah from tempat tu. Pak cik (or rather, abang kot) tu tak cakap apa-apa pun (yang menyebabkan kakak aku bertambah bengang). Tapi yelah, aku faham, takkan dia nak cakap "Eh takpe dik, tak payah bayar pun." Dia kan berniaga. Ok lah. Last-last, aku beli 2 vials. Kak Long satu, Kak De satu.
Gambar ihsan Mr Google
Kitorang buka kat sana. Lepas buka, cari tudung pulak. Part tudung aku paling best. Pergi kedai A ni, takde warna yang sesuai untuk baju aku. Pergi kedai B. Ada pekerja dia kat depan tu, lelaki. "Tudung ni berapa ek?" Dia pun jawab dengan nak tak naknya, "RM18. Tu ada tulis kat situ." Sambil menunjukkan price tag yang dah kemek dan pudar kat atas hanger yang boleh pusing-pusing tu (you know what I mean). Kak De cakaplah, "Ala, tak boleh kurang ke?" Adik aku pulak menyambung. "Kat sana RM17 je." Pekedai tu pun dengan confident & unfriendly-nya sambil buat muka dan tangannya menunjukkan ke arah 'sana'. "Tu sana!" Perghhhh, mengancam! Aku seriously terkedu, tergamam apa segala lah bercampur-baur. Sunyi seketika. Yelah, masing-masing terperanjat dengan jawapan si pekedai tersebut. Kak Long bersuara pulak, "So, nak ke tak ni?" Agaknya dia tak tahan berlama kat situ. Buat sakit hati je. Aku pun apa lagi, "Kalau ikutkan nak, tapi sebab orang ni sangatlah tak friendly, jadi tak nak pulak." Kitorang pun blah dari situ. Sampai sekarang aku still tak puas hati dengan orang tu. Okay, finelah. Dia mungkin penat (err, no. Dia MEMANG penat) tapi kitorang kan pelanggan, jawab lah elok-elok. Kurang-kurang pun, nak jawab "Tu sana!" sambil sengih-sengih pun takpe. Aku faham. Penat layan kerenah pelanggan yang macam-macam. Nak pulak yang suka banding harga (oh terkena!). Haiyaa sellers. Janganlah layan customers macam tu. Kitorang saja je ngada-ngada nak mintak best bargain. Janganlah marah. @_@
Gambar ihsan Mr Google
Pengajaran: Sentiasalah check jam pukul berapa waktu jalan-jalan ;D
No comments:
Post a Comment